Perpustakaan digital saya...
Objektif
Pengurus IT, pakar sains maklumat, pakar perunding komputer, pustakawan dan juga sarjana sebulat suara mengatakan peralihan maklumat analog ke digital adalah perkembangan biasa dalam era digital ini. Dalam persekitaran maklumat digital inilah juga perpustakaaan manual akan diganti dengan perpustakaan digital kerana perpustakaan tradisional itu tidak sesuai lagi dengan kehendak zaman dari segi pembangunan ruang fizikal, koleksi, pengaksesan bahan dan sebagainya. Untuk terus kekal, perpustakaan manual perlu mentransformasikan diri berasaskan pengkomputeran, rangkaian dan Internet selain peralihan daripada pengaksesan tempatan ( local ) kepada sejagat ( global ).
Dua projek untuk kursus TP 2413 : Perpustakaan Digital di bawah penyeliaan pensyarah saya iaitu Dr. Ding Choo Ming adalah seperti di bawah:
Hompej saya berdasarkan tajuk "negara
saya, Malaysia"
Esei saya yang bertajuk : Mitos
bahawa perpustakaan digital membolehkan pengaksesan dan perkongsian maklumat
sejagat